Dengan segala hormatnya merujuk
perkara di atas, Persatuan Kebajikan
Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan PROGRAM “PERSIAPAN KEMBALI
KE SEKOLAH 2020”.
2.
Program ini merupakan program mengumpul
dana bagi membantu anak-anak golongan asnaf dan fakir miskin yang kurang berkemampuan untuk menyediakan
kelengkapan ke sekolah pada tahun 2020. Pihak kami sedang mengumpul dana berbentuk wang ringgit bagi
memudahkan kami membawa mereka membeli keperluan kelengkapan pakaian
persekolahan di mana-mana permis
perniagaan supaya mereka mendapat saiz baju dan saiz kasut yang tepat.Pada hari
program tersebut kami akan agihkan kepada mereka semula barangan keperluan sekolah tersebut seperti Bag sekolah ,pakaian lengkap persekolahan ,Kasut dan stokin
berserta alat tulis.
3. Pihak kami sedang berusaha
mengumpul dana bagi 70 orang pelajar.
Peruntukkan yang sedang kami kumpulkan bagi program tersebut berjumlah RM300.00 bagi setiap pelajar. Senarai nama pelajar
yang akan menerima bantuan dari pihak kebajikan kami juga telah ditapis dan
dipantau oleh sukarelawan kami bagi memastikan pelajar yang menerima adalah
selayaknya. Program tersebut akan
berlangsung di pejabat kami sekiranya ada pertukaran tempat kami akan memaklumkan
kepada pihak Tuan dengan segera.
4. Program ini merupakan satu program amal tahunan yang sering kami
anjurkan setiap hujung tahun di mana kami akan menyalurkan sumbangan berbentuk
barangan kelengkapan ke sekolah untuk anak-anak yatim dan anak-anak golongan
asnaf. Program ini juga membantu
meringankan beban ibu tunggal dan juga golongan fakir miskin.
Besar harapan kami agar pihak, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen
dan kerjasama bagi membantu Anak
Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 010 60000 482 100
Atau
SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423
(akaun baru)
(akaun baru)