Monday 31 October 2011

MAJLIS PERSIAPAN KE SEKOLAH 2012













Asalamualaikum..Syukur dengan izan Allah S.W.T, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor mengadakan program Majlis Persiapan Ke Sekolah 2012 bersama Anak-anak Yatim, Fakir Miskin dan golongan Asnaf pada 31hb Disember 2011 (sabtu) dan pada jam 2.00p.m-5.00p.m.Majlis mendapat kerjasama dari pihak U MALL Tmn Pulai Utama. Majlis akan diadakan di Perkarangan ruang legar U MALL Tmn Pulai Utama iaitu di pintu utama U MALL Tmn Pulai Utama, Skudai, Johor. Tuan / Puan juga dijemput untuk hadir ke majlis yang diadakan bagi memeriahkan lagi suasana majlis.Sumbangan / derma / zakat diharapkan daripada pihak tuan / puan agar dapat meringankan beban mereka.Mudahan segala sumbangan /derma / zakat mendapat ganjaran disisi Allah didunia dan akhirat. Segala sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi Pengerusi (mohd firdaus bin md nasir)   07-5211050....segala kesulitan dan masalah tentang informasi harap maaf..yang buruk datang dari saya dan yang baik datang dari Allah S.W.T.wasalam..

Friday 14 October 2011

Penubuhan Al-Zaraffee

Dengan keizinan Allah S.W.T.wujudnya Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor dan No Pendaftaran Persatuan (4793-11-JHR) .Alamat yang didaftarkan di No 47A Jln Pulai 21, Tmn Pulai Utama, 81300 Skudai, Johor. Nama perkataan Al-Zaraffee ini adalah salah satu nama keturunan dari Arab. Beberapa ahli jawatankuasa yang berketurunan dari Al-zaraffee. Ahli terdiri daripada 10 orang yang duduk berasingan daerah dalam Negeri Johor dan Pengerusi Mohd Firdaus Bin Md Nasir. Tujuan wujudnya Persatuan ini adalah untuk membantu segelintir golongan yang memerlukan bantuan dan sokongan.
Bantuan dihulurkan pada golongan anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal serta Asnaf. Dibawah pengelolaan Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor terdapat seramai 50 orang anak yatim, fakir miskin, oku dan ibu tunggal. Persatuan dalam perancangan untuk menubuhkan asrama kebajikan dan memerlukan sumbangan orang ramai dan asrama untuk diwakafkan. persatuan memerlukan sumbangan asrama untuk menempatkan pelajar yang kurang berkemampuan.