Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK ASNAF 2015
Bertempat : Melaka bandaraya Bersejarah
Bertempat : Melaka bandaraya Bersejarah
Bertarikh : 29hb Ogos 2015 (sabtu)
Masa : 7.00 pagi bertolak ( 1 hari )
2. Program ini merupakan satu program amal yang diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik. Kami juga ingin memohon jasa baik daripada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan. Sekiranya terdapat perubahan masa, Tarikh dan tempat bagi program ini kami akan memaklumkan semula dengan pihak Tuan.
3. Adalah lebih mulia disisi Allah SWT, tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Semoga segala bantuan dan sokongan mendapat keredaan dari Allah SWT.
Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,
Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR