Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Fakir Miskin 2017.
· Bertempat : DEWAN ALUMNI UTM, 81310 SKUDAI, JOHOR
· Bertarikh : 22 JUN 2017 bersamaan 27 RAMADHAN 1438 Hijrah ( KHAMIS)
· Masa : 6.00 ptg – 9.30 mlm
2. Program ini merupakan satu program amal yang di mana kami akan menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan, baju raya serta sumbangan duit raya bagi membantu meringankan beban untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan juga fakir miskin ketika di dalam sambutan hari raya.kami mengalukan jemputan rumah terbuka untuk anak-anak yatim dan fakir miskin ini. Kami juga ingin memohon jasa baik daripada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan.
3. Adalah lebih mulia disisi Allah SWT, tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Semoga segala bantuan dan sokongan mendapat keredaan dari Allah SWT.
Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100
Atau
SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423