Wednesday 4 January 2017

“ PROGRAM JALINAN KASIH SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL 1438H”

1. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor akan menganjurkan program Jalinan Kasih Sempena Majlis Maulidur Rasul 1438H yang akan diadakan seperti di bawah :
Tempat                : Surau At-Taubah, Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor.
Masa                     : 9.00 am – 12.00 pm
Tarikh                   : 17hb Februari 2017


2.  Program ini merupakan satu program amal dimana kami akan menyalurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan kepada warga emas, ibu tunggal dan golongan asnaf. Dengan adanya program seperti ini, dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara kita dalam masa yang sama kita dapat menghulurkan bantuan dari segi menitikberatkan hal-hal yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik ini.


3.  Adalah lebih mulia disisi Allah SWT tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima.Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Fakir Miskin, Ibu Tunggal, OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR


NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100

Atau

SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423

( akaun baru )


Segala program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan mendapat sokongan daripada JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR.
Ruj. Kami JKM : JKMN.JOH/PK700/02/1 jld.6(16)


“ Potongan Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 : 
Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7211 Tarikh Kuatkuasa : 15.01.2017 – 14.01.2022 “