Sunday 16 December 2018

PROGRAM “PERSIAPAN KEMBALI KE SEKOLAH 2019”


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan PROGRAM “PERSIAPAN KEMBALI KE SEKOLAH 2019” .

2.  Program ini merupakan program mengumpul dana bagi membantu anak-anak  golongan asnaf dan fakir miskin  yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan ke sekolah pada tahun hadapan . Dana yang dikumpulkan  akan kami agihkan kepada anak-anak  golongan asnaf dan fakir miskin dalam bentuk barangan keperluan sekolah seperti Beg ,Uniform ,Kasut dan stokin berserta  alat tulis  .

Bertempat          : No 47A Jalan Pulai 21, Taman Pulai Utama, 81300 Skudai, Johor.
Tarikh                   : 29 Disember 2018 (Sabtu)
Masa                     : 2pm – 6pm

3.    Program ini merupakan satu program amal tahunan yang kami anjurkan setiap tahun di mana kami akan menyalurkan sumbangan berbentuk barangan kelengkapan ke sekolah untuk anak-anak yatim dan anak-anak golongan asnaf. Program ini juga membantu meringankan beban ibu tunggal dan juga golongan fakir miskin.

                               
Besar harapan kami agar pihak, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100


Atau

SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423
( akaun baru )


“ Potongan Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 :
Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7211 Tarikh Kuatkuasa : 15.01.2017 – 14.01.2022 “