Tuesday, 6 March 2012

PROGRAM "JALINAN KASIH SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL 1433H"























Adalah dimaklumkan bahawa persatuan menganjurkan program MAULIDUR RASUL 1433H anjuran bersama SURAU AL-TAUBAH, BANDAR BARU KANGKAR PULAI, JOHOR. Majlis diadakan pada 14 APRIL 2012 Bersamaan 22 J'AWAL 1433H (sabtu). Penceramah jemputan : USTAZ HJ SULAIMAN BIN MAIDIN (Kadi Daerah Ledang).Masa lepas solat Isyak.Bagi memperingati kelahiran baginda Rasullulah S.A.W.Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul ini.Wasalam....

Program Jalinan Kasih 2012








Wednesday, 4 January 2012

PROGRAM " JALINAN KASIH " 2012

         Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor akan menganjurkan program JALINAN KASIH 2012 yang akan diadakan pada setiap hujung bulan pada tiap-tiap bulan dengan menziarahi rumah keluarga fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal di kawasan pendalaman kampung-kampung. Program ini adalah satu program lawatan / kunjungan  ke rumah-rumah sebagai tanda keperihatinan kami kepada mereka yang memerlukan bantuan khususnya golongan fakir miskin, orang kurang upaya, warga emas dan anak-anak yatim. Di dalam program ini, beberapa tajaan dan sumbangan akan diberikan pada setiap keluarga bagi meringankan bebanan kehidupan mereka. Sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, minyak, gula, telor dan lain-lain lagi. Peruntukan satu keluarga RM300..
         Menjadi harapan kami agar pihak tuan / puan dapat kiranya menghulurkan sumbangan bagi membantu kelancaran program tersebut. Semoga apa yang diberikan oleh pihak tuan / puan mendapat ganjaran pahala disisi Allah S.W.T. Wasallam.....

Monday, 31 October 2011

MAJLIS PERSIAPAN KE SEKOLAH 2012













Asalamualaikum..Syukur dengan izan Allah S.W.T, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor mengadakan program Majlis Persiapan Ke Sekolah 2012 bersama Anak-anak Yatim, Fakir Miskin dan golongan Asnaf pada 31hb Disember 2011 (sabtu) dan pada jam 2.00p.m-5.00p.m.Majlis mendapat kerjasama dari pihak U MALL Tmn Pulai Utama. Majlis akan diadakan di Perkarangan ruang legar U MALL Tmn Pulai Utama iaitu di pintu utama U MALL Tmn Pulai Utama, Skudai, Johor. Tuan / Puan juga dijemput untuk hadir ke majlis yang diadakan bagi memeriahkan lagi suasana majlis.Sumbangan / derma / zakat diharapkan daripada pihak tuan / puan agar dapat meringankan beban mereka.Mudahan segala sumbangan /derma / zakat mendapat ganjaran disisi Allah didunia dan akhirat. Segala sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi Pengerusi (mohd firdaus bin md nasir)   07-5211050....segala kesulitan dan masalah tentang informasi harap maaf..yang buruk datang dari saya dan yang baik datang dari Allah S.W.T.wasalam..