Dengan segala
hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee
Negeri Johor ingin menganjurkan “Sambutan Ramadhan bagi menziarah
golongan asnaf dan fakir miskin” pada 16 Jun 2015 bersamaan 29 Syaaban 1436H.
2. Program ini
merupakan satu program amal yang di mana kami akan menyalurkan sumbangan
berbentuk barangan makanan bagi membantu meringankan beban untuk anak-anak
yatim, ibu tunggal, warga emas dan juga fakir miskin ketika di dalam bulan Ramadhan. Kami
juga ingin memohon jasa baik daripada semua pihak yang sudi menghulurkan
bantuan.
3. Adalah lebih
mulia disisi Allah SWT, tangan yang memberi adalah lebih mulia dari
tangan yang menerima. Kami juga menerima jemputan berbuka puasa daripada pihak
syarikat dan pihak persendirian untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.
Besar harapan kami
agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,
Sri/Dato, Seri/Datin,
Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan
kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan
boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN
AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
No comments:
Post a Comment