Monday 6 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & GOLONGAN ASNAF 2015


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan golongan asnaf 2015.


Bertempat : DEWAN SRI ALAM, KOLEJ TUN FATIMAH
                     UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Bertarikh    : 12 Julai 2015 bersamaan 25 Ramadhan 1436Hijrah (AHAD)

 Masa           :  6.00 ptg – 9.30 mlm
                      
2.  Program ini merupakan satu program amal yang di mana kami akan menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan,baju raya dan juga sumbangan duit raya bagi membantu meringankan beban untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan juga fakir miskin. Kami juga ingin memohon jasa baik daripada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan. Sekiranya terdapat perubahan masa dan tempat bagi majlis berbuka puasa ini kami akan memaklumkan semula dengan pihak Tuan.

3.  Adalah lebih mulia disisi Allah SWT, tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Kami juga menerima jemputan berbuka puasa daripada pihak syarikat dan pihak persendirian untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.
               
Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,
Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR

NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100













No comments:

Post a Comment