Dengan segala hormatnya saya
merujuk perkara di atas, Persatuan
Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA (HAJI) pada 12 SEPTEMBER 2016 Hari Isnin bersamaan
10 Zulhijjah 1437H di Surau At-Taubah, Bandar Baru Kangkar Pulai. Kami akan
menjemput golongan asnaf ibu tunggal, fakir miskin dan oku untuk bersama
menyemarakkan sambutan ini.
2.
Sambutan ini merupakan satu sambutan Hari Raya Korban yang disambut oleh seluruh umat islam di dunia dan memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup
menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. kerana taat kepada perintah
ALLAH. Di samping itu, kami juga mencari peruntukkan lembu dan kambing untuk
korban dan diagihkan kepada golongan asnaf
ini. Selain itu juga, kami akan mengagihkan barangan keperluan dapur untuk
golongan asnaf ini.
3.
Adalah lebih mulia disisi Allah SWT tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima.Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,Sri/Dato,
Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama
bagi membantu Fakir Miskin, Ibu Tunggal,
OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC
: 01060000482100Atau
SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423
No comments:
Post a Comment