Monday, 17 July 2017

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA (HAJI) 1438 HIJRAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA (HAJI) pada 1hb SEPTEMBER 2017 Hari jumaat bersamaan 10 Zulhijjah 1438H di Surau At-Taubah, Bandar Baru Kangkar Pulai. Kami akan menjemput golongan asnaf ibu tunggal, fakir miskin dan oku untuk bersama menyemarakkan sambutan ini.

2.  Sambutan ini merupakan satu sambutan Hari Raya Korban yang disambut oleh seluruh umat islam di dunia dan memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. kerana taat kepada perintah ALLAH. Di samping itu, kami juga mencari peruntukkan lembu dan kambing untuk korban dan diagihkan kepada golongan asnaf ini. Selain itu juga, kami akan mengagihkan barangan keperluan dapur untuk golongan asnaf ini.

Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :

 PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR


NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100

Atau

SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC 

BANK BERHAD 8601472423

( akaun baru )


“ Potongan Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 : 
Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7211 Tarikh Kuatkuasa : 15.01.2017 – 14.01.2022 “






1 comment:


  1. Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

    https://keep.line.me/s/FBZtesmFRzXU8lAAY_0gzZCzyGsD1CyHSc8T7p9w7a0

    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Yang dihormati Para rektor universiti, para akademik dan para mufti.

    Tun, Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan.

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah.info

    1. Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?

    2. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    .....

    ReplyDelete