Saturday 7 December 2019

AKTIVITI KEMBARA KASIH 2019


Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor akan menganjurkan “AKTIVITI KEMBARA KASIH 2019”. Fokus utama aktiviti kali ini bertujuan membantu golongan warga emas yang terlantar sakit dan juga golongan  gelandangan di sekitar Johor Bahru. Persatuan Kebajikan Al Zaraffee Negeri Johor akan melawat rumah orang-orang tua di Johor Bahru mengikut senarai yang telah  kami pilih dan kami juga akan mengagihkan makanan kepada gelandangan di sekitar Johor bahru .

2.  Aktiviti ini merupakan satu Aktiviti amal bagi membantu meringankan beban mereka disamping mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan. Dengan kehadiran kami ini dapat sekiranya menceriakan kehidupan mereka. Kami  memerlukan peruntukan dana bagi aktiviti tersebut. Dengan adanya peruntukan dana daripada pihak Tuan / Puan dapat  kami  menyediakan keperluan asas kepada warga emas dan juga kepada golongan gelandangan.

                 
3.  Bagi gelandangan kami akan mengagihkan bekalan makanan dan minuman bagi meringankan beban mereka, mengikut lokasi yang akan di pantau oleh sukarelawan kami sebelum aktiviti pengagihan di jalankan. Aktivti ini akan dijalankan pada waktu malam. Tujuan Aktiviti ini adalah untuk memberi semangat kepada golongan gelandangan dan juga mendekati mereka  bahawasanya kami tidak pernah meminggirkan mereka walaupun tinggal di jalanan. Kami berharap pihak Tuan / Puan dapat memberi sokongan kepada Persatuan Kebajikan AL Zaraffee Negeri Johor bagi menjayakan kedua dua  aktiviti  ini.

               
Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU,Warga Emas dan Golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100

Atau

SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423
( akaun baru )














No comments:

Post a Comment