Saturday 7 December 2019

PROGRAM “SAMBUTAN RAMADHAN 2019”


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan “Sambutan Ramadhan bagi menziarah golongan asnaf dan fakir miskin” pada 3 Mei 2019 (JUMAAT) bersamaan 27 Syaaban 1440H Bertempat di sekitar Johor Bahru,Johor.


2.  Program ini merupakan satu program amal yang di mana kami akan menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan bagi membantu meringankan beban untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan juga fakir miskin ketika di dalam bulan ramadhan. Kami juga ingin memohon jasa baik daripada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

3.  Adalah lebih mulia disisi Allah SWT, tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Kami juga menerima jemputan berbuka puasa daripada pihak syarikat dan pihak persendirian untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,
Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan , dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100


Atau

SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423
( akaun baru )






No comments:

Post a Comment