Saturday 7 December 2019

PROGRAM “PERSIAPAN KEMBALI KE SEKOLAH 2020”



Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan PROGRAM “PERSIAPAN KEMBALI KE SEKOLAH 2020”.

2.  Program ini merupakan program mengumpul dana bagi membantu anak-anak  golongan asnaf dan fakir miskin  yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan ke sekolah pada tahun 2020. Pihak kami sedang mengumpul dana berbentuk wang ringgit bagi memudahkan kami membawa mereka membeli keperluan kelengkapan pakaian persekolahan  di mana-mana permis perniagaan supaya mereka mendapat saiz baju dan saiz kasut yang tepat.Pada hari program tersebut kami akan agihkan kepada mereka semula barangan keperluan sekolah tersebut seperti Bag sekolah ,pakaian lengkap persekolahan ,Kasut dan stokin berserta  alat tulis.

3. Pihak kami sedang berusaha mengumpul dana bagi 70 orang pelajar. Peruntukkan yang sedang kami kumpulkan bagi program tersebut berjumlah RM300.00  bagi setiap pelajar. Senarai nama pelajar yang akan menerima bantuan dari pihak kebajikan kami juga telah ditapis dan dipantau oleh sukarelawan kami bagi memastikan pelajar yang menerima adalah selayaknya. Program tersebut  akan berlangsung di pejabat kami sekiranya ada pertukaran tempat kami akan memaklumkan kepada pihak Tuan dengan segera.

4. Program ini merupakan satu program amal tahunan yang sering kami anjurkan setiap hujung tahun di mana kami akan menyalurkan sumbangan berbentuk barangan kelengkapan ke sekolah untuk anak-anak yatim dan anak-anak golongan asnaf. Program ini juga membantu meringankan beban ibu tunggal dan juga golongan fakir miskin.

                               
Besar harapan kami agar pihak, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :

PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 010 60000 482 100


Atau

SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423
(akaun baru)


No comments:

Post a Comment