Saturday 7 December 2019

TABUNG DANA PERSATUAN KEBAJIKAN AL ZARAFFEE NEGERI JOHOR 2019


Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor akan menganjurkan “TABUNG DANA PERSATUAN KEBAJIKAN AL ZARAFFEE NEGERI JOHOR”. Fokus utama kami kali ini bertujuan membantu golongan ibu tunggal dan asnaf yang mempunyai tanggungan ahli keluarga yang ramai. Persatuan Kebajikan Al Zaraffee Negeri Johor akan melawat setiap rumah bagi melihat sendiri keadaan  kehidupan mereka.

2.  Aktiviti ini merupakan kerjasama sesama kita bagi memberi semangat kepada mereka untuk terus berusaha dalam membesarkan anak-anak mereka. Kami terpanggil dengan beberapa permohanan daripada keluarga asnaf yang begitu daif serta mempunyai masalah kewangan dan kesihatan. Kami selaku badan NGO yang berdaftar akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi membantu mereka keluar dari masalah kewangan .

3.  Kami akan membantu mereka untuk mendaftar setiap kursus yang berkaitan dengan kebolehan mereka, mengikut kursus telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi melatih mereka lebih mahir dalam pengurusan pekerjaan. Aktivti ini bertujuan memberi semangat baru dan dorongan kepada mereka untuk bangkit semula bagi mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

4. Sekiranya aktiviti seperti ini mendapat sokongan daripada pihak kerajaan, pihak syarikat swasta serta pihak pensendirian dan mereka berjaya mengubah kehidupan mereka. Dengan ini, meraka boleh dijadikan sebagai  contoh kepada golongan asnaf yang lain untuk bangkit dan terus maju kehadapan.
               
Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU,Warga Emas dan Golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100

Atau

SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423(akaun baru)






No comments:

Post a Comment